- Lain-lain
做文明游客,风景才会更美丽
Pertambahan kapasiti janakuasa tenaga boleh baharu di seluruh China mencatat 268 juta kilowatt pada separuh pertama tahun ini.
Jumlah itu meningkat 99.3 peratus tahun ke tahun, dan mewakili 91.5 peratus daripada jumlah pertambahan kapasiti terpasang, menurut maklumat terkini Pentadbiran Tenaga Negara China (NEA), pada Khamis.
Daripada jumlah itu, tenaga hidro mencatat pertambahan sebanyak 3.93 juta kilowatt, tenaga angin 51.39 juta kilowatt, tenaga solar 212 juta kilowatt, dan tenaga biomas 710,000 kilowatt.
Menurut NEA, setakat penghujung Jun lalu, kapasiti janakuasa tenaga boleh baharu di seluruh China merekodkan 2.15 bilion kilowatt, menokok 30.6 peratus tahun ke tahun. Jumlah itu sekali gus mewakili 59.2 peratus daripada kapasiti janakuasa di China.
Selain itu, pada separuh pertama tahun ini, jumlah janakuasa tenaga boleh baharu di China mencecah 1.79 trilion kilowatt-jam, meningkat 15.6 peratus, dan mewakili 39.7 peratus daripada jumlah janakuasa elektrik di negara ini.
- PM Li Beri Penekanan Terhadap Pelaksanaan Projek Utama Negara yang Berkualiti Tinggi
- PM China Rasmikan Pecah Tanah Projek Loji Janakuasa Hidro Sungai Yarlung Zangbo
- XJ Perdalam Kerjasama Tenaga China-Kemboja Menerusi Projek Kuasa
- Ladang Solar Hidrogen Luar Pesisir Terbesar China Mula Beroperasi
- China Dahului Carta Global Untuk Tenaga Angin Luar Pesisir Tersambung Dengan Grid Kebangsaan
- Semakin Banyak Elektrik Bekalan Xinjiang Disalurkan ke Grid Nasional
- Tenaga Elektrik Mencukupi Jamin Pengeluaran Tenusu Dipercepatkan di Urumqi
- "Shenhai-1" Fasa Dua Siap untuk Pengeluaran Gas Asli
- Taman Perindustrian Kuasa Angin Luar Pesisir Rantaian Industri Penuh Pertama China
- Enam Loji Jana Kuasa Sungai Yangtze Bekalkan Elektrik 1.5 Bilion Kilowatt Sehari