- Lain-lain
陕西品质PE管|出水带 榆林农民喜爱大田微喷带
![]() |
Sekeping foto sudut udara ini memaparkan orang ramai yang melawat pekan purba Yaobu di Liuzhou, Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi di selatan China pada 3 Mei 2025. (Xinhua/Huang Xiaobang) |
Pada musim panas, pasaran penggunaan dilihat merancak di serata tempat dan ia disusuli dengan terciptanya senario penggunaan baharu, penyepaduan bentuk perniagaan yang berbeza dan potensi penggunaan pula terus diterokai.
Di sebuah pusat sukan di bandar Huangshi, Provinsi Hubei di tengah China, Ma Liping yang merupakan seorang penduduk tempatan berkata bahawa pasukannya telah menempah satu gelanggang secara lebih awal kerana permintaan untuk sukan dikatakan sangat tinggi pada musim panas.
Menurut Huang Zhiqiang, ketua pusat sukan tersebut, sejak Julai, fasiliti itu telah menerima lebih daripada 300 pengunjung sehari, iaitu dua kali ganda berbanding hanya beberapa bulan yang lalu. Dia menyifatkan angka tersebut adalah susulan daripada siri aktiviti sukan waktu malam yang dilancarkan oleh Provinsi Hubei.
Bagi melonjakkan penggunaan sukan waktu malam, pusat sukan itu telah menambah lebih banyak slot antara pukul 7 p.m. dan 10 p.m. setiap hari. Huang berkata, fasiliti tersebut kini beroperasi pada kapasiti penuh ketika waktu malam.
Hu Caisheng, timbalan pengarah pusat pembangunan sukan di Huangshi, bandar itu telah menganjurkan 24 acara sukan di pelbagai peringkat sejak Mei, yang menarik penyertaan 118,400 penduduk tempatan dan 28,300 pelancong. Ia juga secara tidak langsung mendorong kepada perbelanjaan yang berkaitan dalam makanan, tempat tinggal dan pengangkutan sebanyak lebih daripada RMB25 juta (sekitar AS$3.48 juta).
Apabila malam menjelma di jalan lama Taiping di Changsha, Provinsi Hunan, tengah China, orang ramai akan berkumpul untuk menikmati keunikan suasana malam di bandar itu. Kedua-dua bahagian jalan tersebut akan dipenuhi dengan kedai-kedai seperti kedai teh dan snek, sekali gus menghidupkan suasana waktu malam.
Sebuah rangkaian kedai roti di Changsha, Dim Sum Bureau of Momo telah menawarkan ruang seluas 300 meter persegi yang menjual produk-produk pastri dan memaparkan warisan budaya tidak ketara. Sejak pembukaannya pada Ogos 2024, kedai tersebut telah menerima lebih kunjungan lebih 541,000 pelanggan. Data menunjukkan bahawa perbelanjaan waktu malam mencakupi sehingga 60 peratus penggunaan harian keseluruhan Changsha, dengan lebih 1 juta individu telah diambil bekerja dalam industri berkaitan.
Di sebuah pasar malam di bandar Mangshi, Kawasan Autonomi Dai dan Jingpo Dehong di Provinsi Yunnan, barat daya China, gerai-gerai makanan jalanan yang pelbagai telah mencipta suasana yang penuh bertenaga, menarik kehadiran penduduk tempatan dan juga pelancong.
Wei Zenghui, pemilik gerai yang menjual produk istimewa tempatan seperti ayam panggang serai, ikan panggang dan rangka panggang berkata bahawa meja-meja di gerainya hampir penuh diduduki pada waktu malam mutakhir ini, susulan daripada kunjungan pelancong yang semakin meningkat di pasar itu. Yang Qiansheng, pemilik gerai yang menjual minuman istimewa tempatan juga menyatakan bahawa dia mempunyai pengalaman sama.
“Minuman-minuman kami menjadi popular dalam kalangan penduduk tempatan dan pelancong,” ujar Yang. Pasar malam itu juga menawarkan landskap dengan ciri-ciri tempatan, sekali gus menjadi tempat popular bagi pelancong untuk mengambil gambar.
Pada 2023, pasar malam itu telah disenaraikan sebagai tapak pelancongan dan kebudayaan waktu malam peringkat provinsi di Yunnan.